Resepi Ayam Masak Kam Heong

Ayam Masak Kam Heong biasanya boleh kita makan di restoran cina. Rasanya sangat enak dan lain dari yang lain.

Harini saya nak kongsikan dengan anda resipi Ayam Masak kam Heong yang simple dan sedap.

Jom langsung saja kita mulakan…

Masa memasak: 15 minit

Jumlah hidangan: 4-5 orang

Bahan-bahan

Bahan perapan ayam

  • ½ ekor ayam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • secubit garam
  • ½ sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar tepung jagung

Bahan untuk kuah

  • ½ sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar kicar cair
  • 1 sudu kecil gula
  • sedikit air

Bahan-bahan lain

  • 2 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar udang kering *bahan paling penting
  • 2-3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 tangkai daun kari
  • ½ biji bawang holand
  • 6-7 biji cili padi
  • sedikit air

Cara penyediaan

  1. Perap ayam selama 30 minit bersama bahan-bahan perapan ayam seperti diatas.
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  3. Setelah minyak panas, gorengkan ayam yang telah diperap tadi. Goreng sehingga garing.
  4. Setelah ayam garing, angkat ayam dan kurangkan sedikit minyak.
  5. Sediakan bahan untuk kuah dalam mangkuk berasingan. Campurkan semua bahan untuk kuah dan kacau menjadi pes.
  6. Panaskan kuali yang berisi lebihan minyak tadi.
  7. Tumbuk udang kering sehingga lumat.
  8. Tumiskan udang kering, bawang, serai, daun kari, bawang holand dan cili padi. Tumis sehingga semua bahan agak lembut.
  9. Masukkan pes kuah yang kita dah buat tadi. Biarkan masak seketika.
  10. Masukkan air dan masak lagi sehingga mendidih.
  11. Masukkan ayam. Gaul sehingga sebati. Jika terlalu kering boleh tambah lagi sedikit air.
  12. Tak perlu tambah garam kerana udang kering dan kicap cair dah masin.
  13. Masak sehingga ayam dan kuah sebati.
  14. Siap untuk dihidang!

Resipi ini merupakan salah satu favorit saya dan keluarga. Sedap betul untuk makan tengahari bersama nasi hangat.

Resepi ayam masak kam heong ini untuk jumlah hidangan 4-5 orang, sesuai untuk makan bersama keluarga. Untuk makan sahur dan berbuka puasa pun sedap lah. Jom cuba!

Leave a Comment