Ayam Masak Kuzi

Anda pernah makan ayam masak kuzi? Ayam Masak Kuzi adalah masakan istimewa orang Kelantan dan hanya dimasak pada hari tertentu sahaja kerana agak remeh cara penyediannya.

Mari saya kongsikan resepinya di bawah:

Masa memasak: 45 minit

Jumlah hidangan: 5 orang

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam – dipotong kecil
  • 1 biji tomato – dibelah 6 bahagian
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • minyak secukupnya
  • biji gajus

Bahan (A)

  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan kismis
  • 1 ½ cawan bawang goreng
  • ½ cawan buah badam – dicincang
  • 3 sudu besar tomato puri

Bahan dikisar (B)

  • 1 cawan cili boh
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 3 biji buah keras

Bahan rempah kuzi – dikisar (C)

  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1sudu besar lada hitam
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 tangkai bunga cengkih

Cara penyediaan

  1. Basuh ayam sehingga bersih.
  2. Gaulkan ayam yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit serta garam.
  3. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam hingga separuh masak.
  4. Masukkan minyak dalam periuk dan masukkan kesemua bahan B dan C. Tumis semua bahan sehingga naik bau.
  5. Setelah naik bau, masukkan pula bahan A.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan sebati.
  7. Tutupkan periuk dan masak dengan api yang kecil. Biarkan masak sehingga ayam menjadi empuk.
  8. Tambahkan air jika kuah terlalu pekat. Masukkan juga garam dan gula secukupnya bersama tomato dan biji gajus.
  9. Siap untuk dihidang.
Resepi Ayam Masak Kuzi

Ayam Masak Kuzi sedap juga dimakan bersama roti jala atau roti putih.

Namun, jika nak makan dengan nasi minyak lagi sedap jika digandingkan dengan beberapa lauk lain lagi.

Semoga resipi ini bermanfaat untuk Anda dan keluarga. Selamat mencuba!

Komen dan Ulasan