Resipi Ayam Masak Merah

Nak masak ayam tapi tak tahu nak masak resipi apa ya? Saya cadangkan harini anda masak Ayam Masak Merah. Saya akan kongsikan resepinya di bawah.

Ayam Masak Merah ni walaupon Namanya agak kompleks tapi sebenarnya cara penyediaannya sangat senang.

Masa memasak: 30 minit

Jumlah hidangan: 4 orang

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam-dipotong 4 
  • 1 tin tomato sup (atau tomato puree)
  • ¾ cawan kacang peas (airnya dibuang)
  • 1 ½ cawan santan pekat
  • 6 ulas bawang merah – dihiris
  • 1 cm kulit kayu manis*
  • 3 kuntum bunga cengkih*
  • 3 biji buah pelage*
  • 3 kuntum bunga lawing*
  • Air secukupnya
  • Lengkuas dititik
  • Sedikit serbuk perasa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

Bahan kisar:

  • 8 tangkai cili merah
  • 6 tangkai cili kering
  • 1 inci halia
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai

Cara Penyediaan

  1. Basuh ayam sehingga bersih. Selepas dibersihkan, toskan airnya sehingga kering.
  2. Lumur ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ayam sehingga separa garing.
  3. Tinggalkan 3 senduk lebihan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang dikisar, lengkuas dan bahan bertanda (*) hingga berbau wangi.
  4. Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.
  5. Seterusnya masukkan 3 cawan air dan biarkan mendidih sekejap.
  6. Masukkan sup tomato (atau tomato puri) dan santan. Kacau rata dan masak hingga ayam mendidih.
  7. Akhir sekali, masukkan gula pasir, garam dan serbuk perasa. Apabila kuah mendidih, masukkan daun pudina dan kacang peas.
  8. Kacau hingga rata dan tutupkan api. Sedia untuk dihidang.

Tips

Cara saya untuk sambal berwarna cantik adalah dengan memasuk gula terlebih dahulu selepas cili garing. 

ayam masak merah

Jika suka, boleh juga ditumis sekali kulit kayu manis dan bunga lawang.

Jika mahu sedikit lemak, boleh masukkan sedikit susu cair. Saya tak letak kerana suka sambal yang berwarna merah cantik.

Semoga resipi Ayam Masak Merah yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk anda.

Komen dan Ulasan