Resipi Ayam Penyet

Sekali sekala teringin pula makan nasi Ayam Penyet buatan sendiri. Walaupon agak leceh cara pembuatannya tapi sangat berbaloi.

Sesuai sangat kalau anda ada keluarga yang besar.

Saya kongsikan resipi di bawah ya:

Bahan-bahan

Bahan untuk ayam penyet (direbus)

  • 1 ekor ayam – potong 4 atau 8
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • air secukupnya

Bahan untuk rempah perapan

  • ½ sudu jintan manis*
  • ½ sudu jintan putih*
  • 3 sudu besar ketumbar*
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • ½ sudu besar serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • sedikit garam

Bahan untuk goreng ayam

  • Lebihan perapan rempah ayam
  • 1 biji telur
  • ½ cawan tepung beras

Bahan untuk sup ayam

  • 1 ikat sup bunjut adabi
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 batang serai
  • bawang goreng

Bahan untuk sambal ayam penyet

  • 10 biji cili padi
  • 10 biji cili merah
  • 10 biji bawang merah – belah 4
  • 3 biji bawang putih – hiris kasar
  • 3 biji tomato – beah 4
  • 5 cm belacan bakar
  • ½ genggan ikan bilis
  • sudu besar gula melaka atau secukup rasa
  • secawan minyak
  • limau nipis atau limau kasturi
  • sedikit garam

Bahan untuk hidangan sampingan

  • Ketul tauhu
  • 2 keping tempe
  • Sayur dan ulaman (timun, kaun selom, kubis, kacang panjang, tomato)

Cara penyediaan

Cara ayam penyet (rebusan)

  1. Basuh ayam sehingga bersih. Masukkan air kedalam periuk bersama halia dan bawang putih.
  2. Masukkan juga ayam tadi dan rebus sehingga ayam empuk.
  3. Angkat ayam dan toskan.

Cara-cara untuk rempah perapan

  1. Sangai rempah bertanda (*). Sangai bermaksud masak seketikan di atas kuali tak berminyak sehingga naik bau.
  2. Sejukkan rempah dan kisar bersama semua bahan lain sehingga halus.
  3. Gaulkan ayam rebus distas bersama rempah kisar. perap selama beberapa jam. Minimum 2 jam supaya rempah meresap ke dalam ayam.
  4. Goreng ayam sehingga sedikit garing di luar
  5. Gaulkan juga rempah bersama tauhu dan tempe sebelum menggoreng. Tapi jangan campur dengan ayam
  6. Bahan lebihan rempah akan digunakan untuk tepung kriuk.

Cara-cara masak tepung kriuk

Tepung Kriuk Ayam Penyet
  1. Gaulkan lebihan rempah bersama tepung beras dan telur. Percikkan bancuhan ini ke dalam kuali dan gorengkan sehingga rangup.
  2. Boleh juga salut bancuhan ini ke atas ayam perap sebelum digoreng.

Cara-cara masak sup

Sup Ayam Penyet
  1. Panaskan air rebusan ayam bersama sup bunjut dan serai. Boleh juga rebus bersama bahagian tulang ayam seperti leher dan kaki ayam.
  2. masak sehingga mendidih dan tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Cara-cara sambal penyet

Sambal Ayam Penyet
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan ikan bilis sehingga garing.
  2. Goreng cili dan bawang dalam minyak yang sama.
  3. Setelah itu goreng tomato sehigga layu.
  4. Kisar ikan bilis, cili, bawang dan tomato yang digoreng tadi bersama belacan bakar.
  5. Panaskan minyak lebihan tadi, masak sambal yg dikisar bersama gula melaka Anda boleh perasakan dengan garam jika perlu.

Cara-cara bahan sampingan

  1. Goreng tauhu dan tempe yang sudah digaul rempah.
  2. Hiris timun dan tomato dan bersihkan ulam-ulaman lain.
  3. Hidangkan bersama nasi putih dan ayam penyet.
Resepi Ayam Penyet e1648971875967

Semoga resipi ini bermanfaat untuk anda. Boleh juga dijadikan menu open house nanti. Takdelah bosan asyik makan lauk raya je kan.

Komen dan Ulasan