Resepi Corndog Keju Korea

Semua berkaitan dengan Korea rasanya kuat betul pengaruh kat Malaysia ni. Demam Korea tu tak hanya kat Malaysia saja actually. Bermula daripada drama dan filem, bahasa, makanan dan macam-macam hal lain lagi semua berbau Korea.

Drama dan filem Korea memang tak setakat cerita biasa. Bila duduk tengok cerita Korea tu, kita boleh terbawa larut dalam perasan sentimentil dan emosional. Sehingga terlupa buat kerja lain hehe.

Korea ni buat drama dan filem, memang la pandai. Tidak semata jalan cerita yang dramatik, dia orang membawa nilai-nilai dan keseharian orang Korea.

Orang-orang Korea semacam berlumba saling support lagi mengetengahkan segala yang berkaitan Korea.

Terutama lagi dalam Youtube tu, banyak youtubers yang berasal daripada Korea punya subscribers dari mana-mana negara.

Salah satu yang menjadi perhatian yang mampu menarik penggemar drama Korea iaitu makanan Korea.

Corndog keju ialah Korean street food yang tengah viral saat ini. Persoalan membuatnya, mudah sangat. Boleh dijadikan hidangan minum pagi atau sebelah petang.

Bila masa pergi ke pasaraya besar, cuba tengok mana mana ada jual corndog keju tu, boleh kata ramai kan.

Makanan ringan ini menjadi kegemaran anak-anak sebab dia guna bahan seperti sosej dan keju.

Harga dia mengikut orang ramai boleh kata mahal jugak kan. Kerna anak-anak mahukan itu, terpaksa juga beli 2 atau 3 cucuk.

Dah rasa dah? Sememangnya sedap kan.

Jom la kita cuba buat sendiri di rumah, boleh lebih jimat bajej keluar tu hehe.

Masa memasak: 30 minit

Jumlah hidangan: 4 orang

Bahan-Bahan Resepi Corndog

  • 1 Cawan Tepung Gandum
  • 2 Sudu besar Gula
  • 2 sk Serbuk Penaik
  • 1/2 sk Garam
  • 1 Telur
  • 3/4 Cawan Susu Segar Sejuk
  • Keju Cheddar/Mozarella
  • 4 biji Sosej
  • Serbuk Roti

Cara-cara penyediaanya

  1. Masukkan semua bahan ke dalam 1 mangkuk iaitu tepung gandum, serbuk penaik, garam dan gula. Gaul rata.
  2. Masukkan telur dan tuang susu segar sejuk ke dalam adunan tepung tadi. Kacau rata sehingga sebati.
  3. Tuang adunan ke dalam cawan tinggi sekira boleh celup sosej nantinya.
  4. Gulung sebatang sosej dengan keju cheddar. Pastikan gulungan tidak terbuka. Cucuk gulungan tadi dengan sebatang lidi.
  5. Sejukkan gulungan sosej dan keju tadi ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  6. Keluarkan sosej daripada peti sejuk, celupkan sosej ke dalam adunan cawan tinggi tadi. Semua permukaan sosej dan keju pastikan tercelup adunan.
  7. Tuang serbuk roti dalam pinggan, ratakan.
  8. Salutkan sosej dengan serbuk roti, kemudian goreng dalam minyak panas, balek-balekkan sehingga masak dan garing.
  9. Angkat dan sedia dihidangkan.

Mudah sangat kan nak buat. Untuk membuat corndog lebih rangup, salutkan luaran corn dog dengan serbuk roti.

Bila nak ikut original, Korean corndog ni disalut dengan gula di bahagian luarnya. Terpulang la selera masing-masing. Selamat mencuba dan selamat menikmati.

Leave a Comment