Resipi Daging Masak Lemak Cili Api

5/5 (1 ulasan)

Harini teringin nak makan daging tapi belum ada idea nak masak apa? Apa kata harini kita cuba resipi Daging Masak Lemak Cili Api.

Mesak Lemak Cili Api ni sangat sesuai untuk orang yang gemar makan makanan pedas. Lagi pedas, lagi sedap!

Resipi yang berasal dari Negeri Sembilan ni saya dah olah sedikit. Lebih pekat dan lebih sedap. Nak lagi sedap boleh gunakan daging salai jika ada.

Rasa smokey dari daging yang telah disalai memang sedap tak terkata. Mak mertua lalu pon tak perasanlah orang kata.

Jom saya kongsikan resipi Daging Masak Lemak Cili Padi di bawah.

Masa memasak: 30 minit

Jumlah hidangan: 4 orang

Bahan-bahan

  • ½ kg daging – dipotong sederhana
  • 1 keping asam keping
  • 2 helai daun limau purut
  • garam

Bahan kisar

  • 10-15 tangkai cili padi – ikut tahap kepedasan yang disukai
  • 2 batang serai
  • ½ inci halia
  • 3-4 hiris lengkuas
  • ½ inci kunyit hidup
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • santan secukupnya

Cara penyediaan

  1. Kisar semua bahan kisar bersama santan.
  2. Jika sukakan kuah yang berwarna sedikit kemerahan, boleh tambahkan sedikit cili kisar atau cili merah.
  3. Masukkan sedikit sahaja minyak ke dalam periuk dan panaskan sehingga betul-betul panas dengan api perlahan.
  4. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga mendidih.
  5. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak sehingga sehingga daging empuk.
  6. (Saya rebus daging terlebih dahulu. Air rebusan daging saya guna semula semasa mengisar bahan).
  7. Masukkan garam, asam keping dan daun limau purut.
  8. Masukkan baki santan dan masak sehingga pekat sesuai dengan kepekatan yang kita suka. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Tips

Pastikan anda sentiasa mengacau kuah anda kerana kita mahu elakkan santan pecah.

Pastikan daging kering semasa masuk kedalam periuk kerana air berlebihan akan menyebabkan kuah cair dan tak sedap.

Daging Lemak Cili Api

Hidang Daging Masak Lemak Cili Api dengan nasi panas dan ulam-ulaman memang sangat sedap. Semoga bermanfaat.

1 Ulasan untuk “Resipi Daging Masak Lemak Cili Api”
Komen dan Ulasan