Resepi Durian Crepe Creamy

Hi assalamu’alaikum.. apa korang tengah fikir tu? Tengah fikir resepi masakan yang yummy dan lazat ke?

Biasa bila tengah musim durian tiba, semua gembira kan. Iyalah, sesiapa yang suka kan durian. Bagi sesetengah orang yang tak suka durian tu, kita kata rugilah.

Tetapi tak boleh juga kita kata macam tu. Memang dia orang tu tak suka, nak dipaksapun dia orang tak nak la.

Terkadang pula, bila tengah tak musim durian, terbayang nak plan buat resepi ini itu daripada buah durian. Bila dah masuk musim durian, dah terlupa pula nak buat apa. Kupas durian, lepas tu kita bedal durian tu sampai habis.

Dah terlupa kesah plan buat pelbagai resepi daripada buah durian.

Bila korang baca resepi ni tengah tak musim durian, korang simpan la dulu resepi ni. Jangan lupa bila dah musim durian nanti, keluarkan resepi ni ye..

Bila sekarang ni tengah musim durian, boleh langsung korang cuba buat resepi durian crepe yang sedap dan sangat berkrim ni.

Adunan kita nak buat ni boleh dapat lebih kurang 6-8 keping crepe. Bila nak buat lebih banyak daripada tu, boleh gandakan adunan ni.

Yang korang mesti bagi perhatian lebih ialah masa nak buat kulitnya. Bila ikutkan resepi ni, kepingan crepe susah nak koyak.

Nak buat kepingan crepe senipis mungkin, perlu prektis lebih. Sebab lagi nipis dia punya crepe, lagi sedap.

Untuk fillingnya pula, boleh gunakan non diary whipping cream. Kerana non dairy whipping cream ni dah ada rasa manis, tak payah tambah gula lagi.

Memang harga dia agak mahal. Korang tau lah mana boleh beli benda ni kan. whipping cream ni boleh gunakan untuk resepi lain juga, untuk aiskrim pun apalagi.

Masa memasak: 45 minit

Jumlah hidangan: 5 orang

Bahan-bahan kulit durian crepe

  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sk minyak masak
  • 40 ml susu segar
  • 150 ml air
  • 1 sk esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning

Cara penyediaan kulit durian crepe

  1. Pecahkan telur, masukkan dalam besen. Kemudian masukkan gula, susu segar, air, minyak masak, esen vanila dan pewarna makanan. Kacau rata semua bahan sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung ubi, tepung kastard, dan tepung jagung. Gunakan ayak semasa memasukkan tepung ke mangkuk. Kacau sebati adunan tadi.
  3. Tapiskan bahan adunan ke dalam mangkuk.
  4. Panaskan kuali (disyorkan guna non-stick pan).
  5. Tuang adunan secukupnya ke dalam non-stick pan hingga rata membulat.
  6. Biarkan sehingga kering seketika (tak payah balekkan), angkat kulit crepe dan asingkan.
  7. Ulangi untuk kulit crepe lainnya sehinggakan habis adunan.

Bahan-Bahan inti durian crepe

  • 200 ml Susu Segar
  • 1 Tbsp Gula
  • 1 Tbsp Tepung Kastard
  • 100 gm Isi Durian
  • 100 ml Krim Putar Bukan Tenusu

Cara penyediaan inti durian crepe

  1. Tuang susu segar ke dalam non-stick pan, kemudian tuang gula dan tepung kastard. Kacau sehingga rata.
  2. Masak guna api perlahan sehingga nampak mulai pekat, masukkan isi durian.
  3. Kacau seketika sehingga bersebati, kemudian angkat dan asingkan adunan inti.
  4. Sediakan whipping cream, pukul sehingga kental dan masukkan dalam piping bag.

Langkah akhir: masukkan inti ke dalam kulit

  1. Ambil 1 lembar kulit, bentangkan. Permukaan yang licin letak pada bahagian bawah.
  2. Letak whipping cream di tengah-tengah kulit, berbentuk segi empat selebar mana durian crepe nak dibuat.
  3. Letakkan inti durian sedikit (mengikut selera) di atas whipping cream, gunakan sudu.
  4. Timpakan lagi dengan whipping cream menutup inti durian, berbentuk segi empat sama sais yang pertama.
  5. Lipatkan kulit mengikut bentuk segi empat whipping cream dan inti. Kemaskan.
  6. Durian crepe dah sedia dihidangkan.

Macam mana, dah faham ke. Senang je kan nak buat. Ada hal lain, iaitu pastikan whipping cream dipukul semasa sejuk supaya lebih senang untuk jadi kental.

Bila dah sedia, simpan dalam peti ais. Konon bila simpan pada bahagian sejuk beku, boleh tahan sehinggakan 2 bulan.

Tetapi untuk apa simpan lama-lama dalam peti ais tu kan. Apalagi anak-anak suka durian. Dalam 2 atau 3 hari dah habis lah tu stok durian crepe Anda hehe..

Selamat mencuba. Jangan lupa jengah-jengah senarai resepi yang lain ya.

Leave a Comment