Resipi Grill Chicken Chop

Dah bosan asyik makan nasi hari-hari? Sekali-sekala beralih arah ke masakan barat apa salahnya, kan? Hidangan Chicken Chop memang sangat popular di kalangan masyarakat kita jika kita kaitkan dengan makanan barat.

Sebut sahaja makanan barat, pastinya Chicken Chop yang akan muncul di fikiran kita, kan?

Harini saya kongsikan cara-cara membuat Grill Chicken Chop besama sos black pepper yang sedap sangat. Jom mulakan.

Masa memasak: 30 minit

Jumlah hidangan: 2 orang

Bahan-bahan

Bahan perapan

  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • sos black pepper
  • serbuk black pepper
  • separuh pati kiub ayam yang dihancurkan
  • sedikit kicap

Sayuran

  • brokoli
  • lobak merah
  • jagung manis

Bahan sos black paper

  • 1 sudu mentega,
  • 1 sudu tepung gandum
  • ½ pati kiub ayam
  • sedikit air
  • serbuk black pepper
  • 2 sudu sos black pepper
  • sedikit kicap

Cara Penyediaan

  1. Gaulkan bahan-bahan perapan diatas dengan ayam dan perapkan semalaman dalam peti sejuk.
  2. Cucukkan sedikit bahagian ayam dengan garfu supaya bahan perapannya dapat meresap ke dalam. 
  3. Setelah cukup masa perapan, bolehlah grilkan atau dibakar atas kuali. Boleh pula guna pemanggang ajaib, non stick pan, atau air fryer.
  4. Pastikan ayam betul-betul masak sebelum diangkat.
  5. Rebus air sehingga mendidih dan masukkan sedikit garam.
  6. Tutupkan api dan masukkan brokoli, lobak merah, dan jagung manis selama 30 saat.
  7. Siap untuk dihidang.

Cara membuat sos

Sekarang kita akan sediakan sos black pepper pula.

  1. Cairkan 1 sudu mentega kedalam kuali.
  2. Masukkan 1 sudu tepung gandum. Kacau supaya ia sebati dan tak berketul-ketul.
  3. Seterusnya masukkan pula ½ ketul kiub pati ayam. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya tidak terlalu kering.
  4. Seterusnya masukkan 2 sudu sos black pepper dan serbuk black pepper ikut citarasa anda.
  5. akhir sekali, bolehlah tambahkan sedikit kicap untuk mendapatkan warna yang kehitaman.

Tips

Semasa bakar ayam, boleh tutup ayam agar ayam masak dengan sempurna dan lebih cepat.

Resepi Grill Chicken Chop

Grill Chicken Chop bukan sahaja sedap malah sangat sesuai bagi anda yang sedang menurunkan berat badan kerana hidangan ini kurang kandungan karbohidrat. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Komen dan Ulasan