Resepi Ikan Goreng Berlada

Sempena bulan Ramadhan ni pasti anda mencari menu yang mudah tetapi lazat kan?

Saya jamin Ikan Goreng Berlada sangat memenuhi ciri-ciri yang anda cari. Sesuai sangat untuk dijadikan menu sahur sekiranya anda orang yang suka lauk ringkas dan mudah ketika bersahur.

Anda boleh gunakan apa-apa jenis ikan. Semua sedap bila dimasak berlada ni. Ikan kecil boleh, ikan besar boleh. Tiada masalah.

Saya kongsikan Resipi Ikan Goreng Berlada di bawah ya:

Masa memasak: 15 minit

Jumlah hidangan: 4 orang

Bahan-bahan

  • 4-5 ekor ikan
  • 1 biji buah tomato-kisar hancur
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • garam
  • gula

Bahan tumbuk

  • 5 tangkai cili merah-saiz panjang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara penyediaan

  1. Siang dan basuh ikan sehingga bersih. Toskan ikan kemudian lumurkan dengan kunyit dan garam.
  2. Masukkan minyak kedalam kuali dan panaskan minyak. Setelah minyak panas, masukkan ikan dan goreng ikan sehingga garing. Setelah garing, angkat dan toskan.
  3. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan masukkan cili kasar. tumis sehingga cili kasar masak.
  4. Masukkan tomato yang dikisar sedikit halus. Kacau rata. masukkan garam dan gula. Kacau rata. Sesuaikan rasa.
  5. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng. Kacau rata sambal berlado dengan ikan.

Tips

Jika nak ikan goreng kekal garing, tutupkan api sambal berlado dan tunggu agak sejuk baru gaulkan dengan ikan goreng.
Pastikan goreng ikan sehingga garing baru sedap.

Ikan Goreng Berlado ni makan dengan nasi putih tanpa lauk lain pon dah sedap dan sangat menyelerakan bagi saya.

Jika anda ada ulam-ulaman nak digandingkan dengan Ikan Goreng Berlada ni pon boleh sahaja. Anak-anak pasti suka.

Anda boleh kurangkan sedikit cili merah jika anak anda tidak tahan pedas. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Leave a Comment