Resipi Ikan Masak Cuka

Pernah dengar resipi Ikan Masak Cuka? Sedap sangat tau, rugi kalau tak pernah cuba. Resipi Ikan Masak Cuka ni simple tapi sedap untuk dinikmati.

Masak cuka ni unik sikit rasa dia sebab ada rasa masam cuka, jadi kuahnya aka nada rasa masam-masam sikit.

Kalau hirup kuah lauk ni memang sedap apatah lagi kalau makan dengan nasi panas-panas.

Masa memasak: 30 minit

Jumlah hidangan: 2 orang

Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan tenggiri (Nak pakai ikan lain pon boleh)
  • 1 biji bawang besar
  • ½ biji timun – dibuang biji kemudian dipotong panjang.
  • 1 batang lobak merah – dipotong panjang
  • 1 ½ sudu teh biji sawi
  • ¼ sudu teh serbuk kunyit
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 3 sudu makan cuka untuk masakan
  • 1 sudu makan gula pasir
  • Sedikit serbuk perasa
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan (B)

  • 4-5 biji cili padi – biarkan sebiji-sebiji
  • 3-4 ulas bawang putih – dihiris
  • 2 batang cili merah -dihiris
  • 2 batang cili hijau – dihiris
  • 1 inci hali – dihiris

Cara Penyediaan

  1. Basuh ikan tenggiri sehingga bersih dan toskan.
  2. Lumur ikan dengan garam dan kunyit.
  3. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan minyak.
  4. Setelah minyak betul-betul panas, masukkan ikan dan goreng ikan sehingga garing.
  5. Angkat dan toskan minyak ikan setelah ikan yang digoreng tadi garing.
  6. Panaskan minyak bekas goreng ikan tadi dalam kuali yang sama. Tumiskan biji sawi dan serbuk kunyit.
  7. Masukkan juga semua bahan (B), cili, timun, lobak merah, halia dan bunga kobis. Biarkan ia masak sekejap.
  8. Kemudian masukkan cuka, gula pasir, serbuk perasa dan garam.
  9. Apabila mendidih, masukkan ikan goreng dan biarkan sekejap. Kemudian tutup api.

Tips

Untuk mendapatkan kuah yang lebih sedap, pastikan tumis dahulu bawang besar, halia dan serai semasa awal masakan untuk menaikkan aroma.

Ikan Masak Cuka

Goreng ikan sehingga garing. Rasanya akan lebih sedap.
Semoga bermanfaat. Wajib cuba ya!

Komen dan Ulasan