Resepi Ikan Siakap Stim Limau

Anda suka makan Ikan Siakap Stim? Biasanya kita makan menu ini di kedai sahaja kan? Apa kata harini kita masak sendiri? Caranya sangat mudah dan bahan yang diperlukan juga sangat mudah didapati.

Ikan Siakap Stim ini juga sangat sesuai bagi anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan.

Mari saya kongsikan cara memasak Ikan Siakap Stim ini.

Masa memasak: 20 minit

Jumlah hidangan: 4 orang

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan siakap-dikelar
  • daun ketumbar
  • 1 biji limau nipis

Bahan kuah

  • ½ biji bawang besar-hiris
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 2-3 tangkai cili padi – hiris
  • 3 helai daun limau purut – carik
  • 1 biji limau nipis – ambil jus sahaja
  • 1-2 batang serai – potong serong
  • 1 inci halia – hiris
  • 1 sudu besar sos ikan
  • ½  sudu besar sos tiram
  • ½ sudu besar kicap
  • garam 
  • gula

Cara penyediaan

  1. Basuh ikan sehingga bersih. Letakkan ikan di dalam bekas yang muat dimasukkan ke dalam pengukus.
  2. Masukkan air kedalam pengukus dan panaskan pengukus sehingga air mendidih.
  3. Sumbatkan perut ikan dengan sedikit bawang, halia dan serai. Kukuskan selama 15-20 minit.
  4. Campurkan semua bahan kuah kedalam mangkuk. Kacaukan sehingga sebati.
  5. Tuangkan bahan kuah ke atas ikan dan kukus selama beberapa minit lagi.
  6. Taburkan daun ketumbar dan hias dengan hirisan limau sebelum dihidangkan.

Tips

Jangan risau jika anda tiada pengukus. Anda boleh guna kuali atau pan yang besar dan masak terus diatas kuali atau pan.

Anda boleh tambahkan 1 kiub pati ayam kedalam kuah jika anda mahu lebih rasa.

Masukkan kuah setelah ikan masak kerana campuran kuah ada jus limau nipis. Jus limau nipis biasanya dimasukkan pada akhir proses memasak.

Anda boleh makan Ikan Siakap Stim dengan nasi putih dan Kailan Ikan Masin. Sangat sedap seperti di restoran perasaannya.

Masa inilah kita nak tambat hati suami dan anak-anak. Semoga bermanfaat.

Leave a Comment