Resipi Kailan Ikan Masin

Setiap kali pergi kedai masakan Thailand pasti akan order Sayur Kailan Ikan Masin. Memang tak pernah miss! Rasa tak lengkap jika tak order Kailan Ikan Masin, kan?

Anda tahu tak? Rupanya mudah sangat nak masak masakan ini. Buat kat rumah je pon boleh.

Gandingkan pula dengan Ikan Siakap Stim. Pasti menambah nasi!

Masa memasak: 15 minit

Jumlah hidangan: 3 orang

Bahan-bahan

  • 1 ikat sayur kailan
  • 3 ulas bawang putih-diketuk
  • 4 biji cili padi-diketuk
  • 1 keping kecil isi ikan masin, potong kecil
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak
  • Garam secukup rasa
  • gula secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Basuh dan rendamkan sayur kailan di dalam air sehingga daunnya segar dan keras. Potong daun sepanjang 1 inci, batang sayur pula dihiris nipis.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili padi berserta isi ikan masin. kacau seketika.
  3. Masukkan pula bahagian batang kailan dan sos tiram, kemudian diikuti bahagian daun
  4. Tuang sedikit air sebagai kuah dan perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa.
  5. Angkat dan hidang.

Tips

Untuk rasa sayur yang segar dan rangup, rendam sayur dalam air sejuk sehingga kelihatan segar barulah dimasak.

Jika anda nak kurangkan rasa masin pada ikan masin, boleh rendam dahulu ikan masin dengan air bersih sebelum dimasak.

Kailan Ikan Masin

Senang sahaja kan resipi Kailan Ikan Masin ni? Sekejap sahaja dah siap. Nak makan dengan Tom Yam pon sedap.

Masakan ini sesuai dimakan seisi keluarga, Suami dan anak-anak pasti suka. Selamat mencuba.

Komen dan Ulasan