Resepi Kambing Masak Kurma

Ada daging kambing di rumah tapi tak tahu nak masak apa ya? Apa kata anda cuba lauk Kambing Masak Kurma.

Anak-anak saya sangat suka lauk ni. Ianya merupakan salah satu menu makan tengahari kegemaran keluarga saya pula.

Cara memasaknya pun senang juga. Di bawah ini saya nak share resepi kambing masak kurma yang sedap macam kat kenduri.

Jom kita mulakan.

Masa memasak: 20 minit

Jumlah hidangan: 4 orang

Bahan-bahan

  • 500 g daging kambing
  • 80 g serbuk rempah kurma
  • 60 mL santan segar
  • 70 mL susu cair
  • 500 mL air
  • Garam
  • Serbuk perasa secukupnya
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 cm halia
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun pandan
  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • Minyak masak secukupnya
  • 2 tangkai lada hijau (dibelah dua)
  • 1 biji kentang (dipotong empat)

Bahan kisar

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 50 g badam
  • 50 g buah keras

Cara penyediaan

  1. Potong daging dan rebus sehingga empuk.
  2. Tuangkan minyak ke dalam periuk dan panaskan minyak.
  3. Setelah minyak panas, masukkan semua bawang putih, bawang merah, halia, serai, daun pandan, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, dan buah pelaga. Tumis sehingga menjadi kekuningan.
  4. Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia, badam dan buah keras. Masukkan bahan kisar dan gaul sehingga sebati.
  5. Masukkan rempah kurma. Biarkan masak sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan daging kambing yang telah direbus tadi.
  7. Setelah itu boleh masukkan susu cair dan santan. Masukkan juga ketang yang dibelah empat dan lada hijau yang di belah dua. Biarkan mendidih dan pecah minyak.
  8. Seimbangkan rasa dengan memasukkan garam dan serbuk perasa. Setelah puas hati, boleh tutup api. Sedia untuk dihidang.

Tips

Pastikan daging kambing betul-betul empuk. Boleh gunakan pelbagai tips di internet seperti masukkan sudu dalam rebusan kambing.

Badam adalah pilihan. Jika tiada pon tidak mengapa.

Kambing Masak Kurma Ala Kenduri

Kambing Masak Kurma ini bukan sahaja enak jika di makan dengan nasi, boleh juga makan dengan roti atau jemput-jemput.

Sangat sedap. Cubalah ya. Semoga bermanfaat. 🙂

Komen dan Ulasan