Resipi Laksa Terengganu Kuah Putih

Anda tahu ada banyak jenis laksa. Di Malaysia ni sahaja ada laksa Johor, Laksa Penang, Laksa Kedah, Laksa Terengganu, Laksa Sarawak dan sebagainya.

Di Terengganu sendiri pon ada 2 jenis laksa; laksa kuah putih dan laksa kuah merah.

Orang tua-tua Terengganu panggil laksa kuah putih ni, laksa mentah manakala laksa kuah merah pula dimasak menggunakan rempah laksa.

Harini saya nak kongsikan dengan anda semua resipi Laksa Kuah Putih:

Masa memasak: 30 minit

Jumlah hidangan: 5 orang

Bahan-bahan

  • 1 bungkus laksa beras
  • Santan (sebiji kelapa)
  • Asam keeping
  • Lada lumat
  • Asam limau
  • Belacan
  • Garam
  • 6 ekor ikan Selayang
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit lada hitam

Bahan ulam

  • Timun dimayang
  • Kacang panjang dipotong kecil-kecil
  • Kobis diracik halus
  • Taugeh buang ekor
  • Daun kesum secukupnya dimayang halus

Bahan sambal belacan

  • Cili kering rebus dan toskan
  • Belacan tumbuk atau mesin
  • Sedikit garam

Cara penyediaan

  1. Rebus laksa sehingga lembut dan toskan. Ketepikan seketika.
  2. Kukus atau rebus ikan selayang sehingga lembut/masak. Asingkan tulang dan isi ikan.
  3. Kisar isi ikan bersama bawang merah, bawang putih dan lada hitam.
  4. Sediakan sebiji periuk dan masukkan santan.
  5. Masukkan juga bahan-bahan kisar tadi. Kacau dengan api perlahan.
  6. Setelah hampir mendidih, masukkan asam keping dan garam secukupnya. Biarkan sehingga mendidih dan sebati.
  7. Untuk sambal belacan, tumbukkan semua bahan ( cili kering yg direbus, belacan dan garam).
  8. Siap untuk dihidang bersama ulam-ulaman dan sambal belacan.

Tips

Semasa merebus laksa, pastikan air dah mendidih baru masukkan laksa.

Pastikan sentiasa kacau supaya tak pecah santan.

Laksa Terengganu Kuah Putih

Senang sangat nak buat Laksa Kuah Putih ni. Walaupon senang dan mudah, rasanya tetap sedap.

Anak-anak juga boleh nikmati Laksa Kuah Putih ni kerana laksa ini tak pedas jika tidak diletakkan sambal belacan.

Semoga resipi ini bermanfaat untuk anda dan keluarga anda.

Komen dan Ulasan