Resipi Mac & Cheese

Bila korang dengar atau tengok Macaroni and Cheese, apa yang korang bayangkan? Iya betul, satu dari pada menu western yang ramai juga suka.

Mendengar sebutan Macaroni, minda kita sampailah ke sebuah negara di Europ, Itali yang sememangnya pelbagai resepi berasal dari pada Itali banyak digemari di serata dunia.

Walaupun berasal dari pada Itali, Macaroni and Cheese popular di Amerika Syarikat yang dikenal dengan singkatan Mac n Cheese. Peminat cheese wajib cuba buat resepi ni.

Selain dari pada itu, kanak-kanak pastikan suka. Bila anak-anak tengah jemu makan nasi, bagikan diorang makan Maccaroni Cheese sebagai pengganti makan nasi.

Budak-budak yang mudah bosan kejap semangat makan, kejap tak nak makan apatah lagi tengah tak sihat badan.

Dalam sekelip mata, berat badan kanak-kanak tu pun turun. Cheese ni boleh menambah berat badan kanak-kanak.

Nak cuba buat Macaroni and Cheese? Rujuk kepada resepi di bawah ni.

Masa memasak: 30 minit

Jumlah hidangan: 4 orang

Bahan-bahan

  • 2 cawan makaroni
  • 1/2 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 500 ml susu segar
  • 4 keping keju cheddar
  • 2 biji sosej, dihiris
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • Chili flakes (sila taburkan serbuk cili bila suka pedas)

Cara penyediaan

  1. Panaskan air sehingga melegak, masukkan makaroni, dan garam secukup rasa. Rebus dan kacau rata sehingga lembut, angkat dan asingkan.
  2. Panaskan sedikit mentega, tumis bawang holland dan bawang putih hingga naik bau, masukkan hirisan sosej dan kacau dalam seminit. Letak tepi.
  3. Masukkan mentega dalam kuali yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan tepung dan gaul rata cepat.
  4. Masukkan susu segar selepas gaul rata mentega dan tepung tadi. Kacau terus.
  5. Masukkan serbuk lada hitam dan garam sedikit, tetap kacau rata.
  6. Masukkan keju cheddar satu keping, sambil kacau guna whisk mengelakkan dari pada berketul.
  7. Bila kepingan keju dalam kuali dah habis atau berubah warna, masukkan kepingan keju lainnya satu persatu. Ulang langkah tadi. Kacau terus.
  8. Masukkan makaroni dan sosej tadi bila dah nampak mulai mengental. Gaul rata.
  9. Dah sebati, letak sedikit parsley dan chili flake.
  10. Tutup api. Mac and cheese spesial boleh dihidangkan.

Tips

Bila keju atau cheese dirasa masih kurang, boleh tambah sukatan keju mengikut selera masing-masing.

Begitu pula bila suka selera pedas, boleh taburkan kepingan serbuk cili selepas makaroni masak.

Mac n Cheese Chili Flake

Boleh minta komen kanak-kanak, apa kata mereka. Tanyakan mana lazat yang diaorang belanja kat McD tu.

Kat kedai tu, tak boleh minta tambah keju, tapi kat rumah apa-apa boleh tambahkan atau kurangkan sehinggalah bersesuaian di lidah kita. Jangan lupa cuba resepi-resepi lazat lainnya. Cau..

Komen dan Ulasan