Resepi Mee Rebus Terengganu

Hello, assalamualaikum semua. Dah cuba resepi-resepi apa sahaja dalam laman web ni? Korang jangan takut kehabisan idea nak masak apa kat rumah.

Layari PC atau smartphone korang, pelbagai resepi korang boleh dapatkan.

Terpulanglah masing-masing, korang setakat tengok gambar jer, setakat baca atau tengok video jer atau korang dah cuba buat resepi-resepi tu.

Kesempatan ini pula kita nak kongsikan resepi daripada mee. Resepi yang istimewa dari Terengganu iaitu Mee Rebus Terengganu. Mee rebus tu sama saja la apa-apa nama pun diberi.

Eits, mungkin korang bukan penggemar mee la tu. Bagi penggemar mee, diorang boleh tau perbezaan dari setiap resepi yang berasaskan mee.

Mee nya tu memangla sama, tapi kuah dan rasa dia pastilah berbeza. Kalau semua mee sama, tak payahlah kat kedai tu tulis macam-macam resepi mee kan, hehe.

Kita balek cerita pasal Mee Rebus Terengganu.

Menu mee rebus ini sesuai untuk semua peringkat umur. Biasa korang duduk kat mana nak makan Mee Rebus Terengganu? Ada masa pula mesti beratur bila nak makan kat kedai makan.

Belum lagi harga dia pun boleh kacau bajet korang, huufh..terseksa, hehe. Ada solution lain? Ada. Korang pergi ke Terengganu la hehe..

Sudahlah, korang masak sendiri je la. Bukanlah susah sangat.

Bagi sesiapa suri rumah yang dah selalu masak atau hari-hari kerja masak, resepi dan cara membuat Mee Rebus Terengganu ni boleh korang buat sekelip mata sambil korang menimang anak hehe…

Selamat mencuba ya.

Masa memasak: 30 minit

Jumlah hidangan: 5 orang

Bahan-bahan

  • 1 paket Mee kuning
  • Ayam potong kecil (boleh tukar seafood)
  • Telur (mengikut selera)
  • 2 sudu kecil lada hitam (boleh letak lebih)
  • 3 biji bawang merah (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • Air secukupnya
  • Bahan perasa
  • Air asam jawa sedikit

Sayur-sayuran

  • Kobis
  • Sawi madu
  • Tomato
  • Carrot
  • Cili besar

Cara-cara

  1. Kisar halus tambah sedikit air bahan-bahan bawang putih, bawang merah dan lada hitam.
  2. Tumis bahan kisar, tambah sedikit air untuk kuah nantinya, biar sehingga mendidih.
  3. Masukkan potongan ayam, air asam jawa, kobis, carrot, tomato, telur, tutup dan biarkan masak atau selama 5 minit.
  4. Masukkan garam secukup rasa, kemudian masukkan sawi dan cili, kacau perlahan.
  5. Celur mee selama 1-2 minit atau nampak mengembang sempurna, kemudian tapis.
  6. Tuang mee ke dalam mangkuk, kemudian masukkan kuah dan sayur yang dah dimasak tadi secukup. Sedia dihidangkan.

Tips

Bila nak makan lambat, jangan masukkan mee dalam kuali semasa memasak tadi. Asingkan mee dengan kuah. Bila dah nak makan, celur mee sekejap, ok tu dah.

Senang sangat nak masak Mee Rebus Terengganu ni. Makanlah mee tu selagi panas atau hangat. Kalau tunggu sejuk nanti mee boleh kembang.

Bila rasa kurang, boleh tambah sos cili atau perah asam limau sedikit, sambal kicap pun boleh. Lazaaat.

Leave a Comment