Resipi Nasi Khao Mok

Nasi Khao Mok atau biasanya dipanggil nasi komok merupakan makanan yang berasal dari Thailand.

Memang sangat sedap dimakan bersama sos cili merah dan sos cili hijau.

Resipinya saya kongsikan di bawah.

Masa memasak: 60 minit

Saiz hidangan: 4 orang

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam – dipotong 4
  • 3 cawan Basmathi, rendam 20 minit
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu sejat atau yogurt asli
  • 2 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • 2 sudu kecil serbuk pati ayam
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 3 sudu besar rempah Khao Mok

Rempah Khao Mok

  • 2 sudu kecil serbuk kari ayam/daging
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • ½ sudu kecil serbuk jintan putih
  • ½ sudu kecil serbuk jintan manis
  • ½ sudu kecil kayu manis

Bahan hiris

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 3 batang akar ketumbar

Bahan tumis

  • 1 kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 2 helai daun bay
  • 3 biji pelage
  • 3 biji bunga cengkih

Cara penyediaan

Cara penyediaan nasi

  1. Panaskan periuk, masukkan minyak sapi, tumis bahan hirisan dan bahan tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan rempah Khao Mok dan kacau dengan api perlahan supaya tidak hangus.
  3. Masukkan pula air, garam dan akar ketumbar.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam. Rebus ayam sehingga setengah masak.
  5. Keluarkan ayam dan toskan.
  6. Masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk nasi letrik.
  7. Tambahkan susu, garam dan serbuk pati ayam.
  8. Masukkan beras dan kacau rata. Tutup periuk dan biarkan masak.
  9. Setelah masak, gemburkan nasi dengan garpu perlahan-lahan supaya beras tidak patah.
  10. Hidang bersama ayam goreng, bawang goreng dan sos cili.

Cara penyediaan Ayam Khao Mok

  1. Lumurkan ayam dengan serbuk pati ayam, garam dan kunyit.
  2. Perap sebentar sehingga mesra.
  3. Gorengkan ayam yang di perap tadi dalam minyak yang panas banyak.

Cara penyediaan sos cili merah

Siapkan bahan-bahan di bawah ini:

  • 3 tangkai cili merah
  • 6 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • ¼ cawan cuka
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam

Kisar dan masak semua bahan hingga mendidih. Sejukkan dahulu dan sajikan.

Cara penyediaan Sos Cili Hijau

Untuk membuat sos cili hijau, sediakan bahan-bahan di bawah:

  • 5 tangkai cili hijau
  • 6 ulas bawang putih
  • ½ cawan daun pudina
  • ½ cawan daun ketumbar
  • ¼ cawan gula
  • ¼ cawan cuka
  • 1 sudu kecil garam

Kisar semua bahan di atas hingga halus. Tidak perlu dimasak.

Nasi Khao Mok

Nasi khao mok special dah siap. Boleh simpan resepi ini untuk menu masakan tengahari bersama ahli keluarga.

Selamat mencuba dan semoga resepi ini bermanfaat.

Komen dan Ulasan