Resipi Nasi Minyak Simple

Biasanya kita tunggu pergi kenduri kahwin baru makan nasi minyak kan? Anda tahu tak, rupanya nasi minyak ni senang je nak masak.

Bahan-bahan yang diperlukan juga sangat mudah didapati.

Bagi yang teringin sangat nak makan nasi minyak, jomlah cuba masak sendiri! Saya kongsikan resipi di bawah ya.

Resipi ini adalah resipi nasi minyak yang simple, apabila Anda inginkan nasi minyak Trengganu, boleh pergi kat sini: Resipi Nasi Minyak Terengganu

Masa memasak: 1 jam

Jumlah hidangan: 5-6 orang

Bahan-bahan

  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar marjerin
  • 4 sekawan
  • 2 biji bawang merah – dihiris
  • 1 inci halia
  • ½ tin susu cair
  • 4 pot beras basmathi
  • 5.5 pot air
  • garam
  • sedikit pewarna kuning

Bahan Acar Nenas

  • Timun – dibuang biji
  • Lobak merah
  • Nenas dipotong kecil
  • 2 sudu besar cuka
  • Gula secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Masukkan marjerin dan minyak sapi ke dalam periuk panas dan biarkan cair.
  2. Masukkan bawang merah yang telah dihiris.
  3. Masukkan 4 sekawan.
  4. Masukkan juga hirisan halia dan tumis sehingga wangi.
  5. Masukkan air dan kacau rata.
  6. Kemudian boleh masukkan susu cair. Kacau sehingga sebati.
  7. Tambahkan garam secukup rasa.
  8. Basuh beras yang telah direndam tadi dan toskan airnya.
  9. Masukkan beras tadi kedalam periuk nasi dan tuang semua bahan tumisan tadi kedalam periuk nasi yang berisi beras.
  10. Masak nasi seperti biasa.
  11. Bila nasi sudah masak titiskan sedikit pewarna kuning.

Penyediaan Acar

  1. Hiris nipis nenas, timun dan lobak.
  2. Satukan gula dan cuka dan gaul bersama nenas, timun dan lobak tadi.
  3. Seimbangkan rasa mengikut kesesuaian selera anda.

Tips

Untuk dapatkan nasi yang berderai cantik, pastikan air tidak terlalu banyak.

Resepi Nasi Minyak

Macam mana? Senangkan je kan? Nasi minyak ni sedap jika di makan dengan ayam masak merah atau daging masak hitam.

Boleh pikat hati suami dan mak mertua dengan resipi mudah tapi gempak ni! Anak-anak pon pasti teruja nak makan nasi minyak hasil masakan ibu mereka.

Komen dan Ulasan