Resipi Nasi Minyak Terengganu

Anda terasa nak makan sesuatu yang lain sikit dari kebiasaan? Tapi nak yang mudah saja?

Apa kata anda cuba resipi yang saya nak kongsikan harini iaitu Nasi Minyak Terengganu.

Nasi Minyak Terengganu hampir sama dengan nasi minyak biasa cuma ada tambahan daun pandan dan susu pekat. Rasanya pasti berbeza.

Masa memasak: 1 jam

Jumlah hidangan: 6 orang

Bahan-bahan

  • Beras – 2 cawan
  • air 2 cawan air panas
  • susu cair ½  tin)
  • 3 sudu besar susu pekat
  • Sebiji bawang besar
  • Seulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 helai daun pandan
  • ½  sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar marjerin
  • sedikit kismis
  • sedikit pewarna kuning
  • 4 sekawan
  • kiub ayam
  • bawang goreng

Cara penyediaan

  1. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Panaskan kuali. Masukkan minyak sapi, marjerin dan sedikit minyak masak.
  3. Tumiskan 4 sekawan.
  4. Masukkan pula bawang merah dan bawang putih yg telah dihiris tadi.
  5. Setelah bawang layu boleh masukkan susu cair dan susu pekat.
  6. Perasakan dengan garam & kiub ayam. Kacau dan biarkan seketika.
  7. Basuh beras sehingga bersih dan toskan airnya. Masukkan beras yang sudah dibasuh ke dalam periuk rice cooker.
  8. Masukkan air panas ke dalam periuk rice cooker yang berisi beras tadi.
  9. Masukkan halia dan kismis ke dalam periuk rice cooker, diikuti dengan bahan tumisan tadi.
  10. Masak nasi seperti biasa.
  11. Apabila nasi sudah agak kering, titiskan sedikit pewarna kuning dan gaulkan.
  12. Setelah siap boleh dihidangkan. Tabur bawang goreng sebagai hiasan.

Tips

Untuk nasi yang cantik berderai, pastikan sukat air dengan betul. Jangan terlalu banyak, ikut keperluan sukatan air beras anda.

Elakkan mengkaup atau mengacau nasi ketika panas. Tunggu sejuk barulah kaup nasi untuk mngelakkan nasi patah.

Nasi Minyak Trengganu

Nasi Minyak Terengganu sangat enak jika digandingkan dengan ayam masak merah atau daging masak hitam.

Resipi ini sesuai untuk dijamu seisi keluarga kerana rasanya yang enak dan menyelerakan.

Komen dan Ulasan