Resipi Biskut Arab Gebu

Tak lama lagi kita dah nak sambut Syawal. Mesti anda tengah sibuk buat kuih raya pula kan?

Harini saya nak kongsikan resipi biskut raya paling mudah yang menggunakan empat bahan sahaja. Resipi kuih raya yang saya maksudkan adalah Biskut Arab.

Biskut Arab kini sudah ada bermacam versi orang buat. Ada yang letak ceri, ada yang salut dengan susu tepung dan ada juga yang tak salut denga napa-apa.

Saya kongsikan resipi original Biskut Arab di bawah:

Masa memasak: 30 minit

Jumlah hidangan: 30 biji

Bahan-bahan

  • 200g minyak sapi
  • 70g planta
  • 40g gula kastor
  • 580g tepung gandum

Cara penyediaan

  1. Masukkan minyak sapi, planta dan gula kastor di dalam mangkuk sederhana besar. Dengan menggunakan whisk atau senduk kayu, kacau adunan sehingga sebati. Adunan ini tidak perlu pukul sehingga kembang menggunakan mixer. Cukup sekadar gaul sehingga semua bahan sebati.
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli doh sehingga semua bahan sebati dan tidak melekat pada tangan.
  3. Apabila sudah sekata semua bahan, bulatkan doh sekecil duit 10 sen. Kemudian, sapukan mentega pada dulang pembakar agar biskut tidak melekat pada dulang pembakar. 
  4. Selepas itu, susunkan doh yang telah dibulat kecil tadi di atas dulang pembakar.
  5. boleh susun agak rapat kerana biskut ini tidak kembang kerana tidak mengandungi serbuk penaik.
  6. Sementara itu, boleh panaskan ketuhar pada suhu 180c. Apabila semua doh sudah siap dibulatkan dan disusun di atas dulang pembakar, boleh masukkan ke dalam ketuhar.
  7. Bakar biskut arab ini pada suhu 180c dengan menggunakan kaedah api atas bawah selama 15 minit. Tetapi bergantung juga kepada ketuhar masing-masing.
  8. Apabila biskut sudah siap dibakar, keluarkan dari ketuhar dan sejukkan seketika.
  9. Apabila biskut sudah sejuk, bolehlah golekkan biskut tersebut di atas gula aising bersama susu tepung.
  10. Kemudian, apabila siap digolek bolehlah susun ke dalam balang biskut untuk dihidangkan.
Biskut Arab

Bagaimana dengan resipi ini? Senang sahaja kan? Semoga resipi ini bermanfaat untuk anda dan ahli keluarga. Saya ucapkan selamat raya untuk semua.

Komen dan Ulasan