Resipi Singgang Ikan Kerisi

Harini teringin nak makan masakan mudah dan simple? Jom cuba resipi Ikan Kerisi Masak Singgang.

Ada yang panggil masakan ni, masakan untuk orang berpantang kerana masakan ini memang sinonim dengan orang berpantang pon (biasanya orang Jawa).

Kalau nak rasa macam berpantang, cubalah masak masakan ini. Sedap dan simple je.

Anak-anak pasti suka kerana lauk ini berkuah macam kuah sup tapi lebih sedap. Anda boleh kurangkan cili padi jika anak-anak anda tidak tahan pedas.

Masa memasak: 15 minit

Jumlah hidangan: 2 orang

Bahan-bahan

  • 4 ekor ikan kerisi
  • 5 biji cili padi
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • ½ inci kunyit
  • 3 cawan air
  • 5 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa
  • 2 kuntum bunga kantan – dibelah dua
  • 8 tangkai daun kesom

Cara Penyediaan

  1. Siang ikan kerisi dengan membuang sisil. Basuh bersih dan kelar badan ikan.
  2. Masukkan cili padi, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan 1 cawan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
  3. Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk.
  4. Biarkan mendidih dengan perlahan-lahan selama 5 minit.
  5. Siap untuk dihidang.

Tips

Pastikan buang sisik ikan kerisi sehingga bersih supaya mudah untuk dimakan.

Ikan Kerisi Masak Singgang boleh dikatakan antara masakan kampung yang sangat sedap. Masakan ini sangat terkenal di negeri pantai timur terutama sekali Kelantan dan Terengganu.

Orang pantai timur suka makan Ikan Masak Singgang ni dengan ulaman serta budu, memang padu lah!

Komen dan Ulasan