Resepi Singgang Ikan Tenggiri

Hello jumpa lagi. Kali ini kita nak kongsikan resepi singgang ikan. Ini lagi senang nak buat, so simple.

Tak hanya mudah nak buat, resepi ini dikenali sehat dan sangat sesuai untuk orang yang sedang berdiet kerana tak guna santan, sangat rendah kalori. Sesiapa boleh makan singgang ikan ini, kerana sehat dan sedap.

Kita orang tahu resepi singgang ikan ini popular di negeri pantai timur, negeri Kelantan dan negeri Terengganu.

Resepi singgang ikan tak banyak perbezaannya macam ramai yang telah dikongsikan pelbagai web atau blog.

Yang korang musti ingat bahawa rasa singgang ikan yang diketengahkan ialah rasa masam, manis dan pedas. Pedas tu sebenarnya terpulanglah kepada selera korang masing-masing.

Bila suka pedas, boleh bagi lebih banyak cili padi. Padu rasa semacam begini ramai orang sukakan kuah singgang ikan. Sekali hirup dia punya kuah, ngamm..menagih.

Jom kita tengok bahan-bahan nak buat singgang ikan.

Masa memasak: 45 minit

Jumlah hidangan: 5 orang

Bahan-bahan

  • 5 potong ikan tenggiri (boleh tukar ikan mana suka)
  • 7 biji cili api – belah 2
  • 3 biji bawang putih – hiris nipis
  • 3 biji bawang merah – hiris nipis
  • 3 keping asam keping
  • 2 batang serai – dititik
  • 2 inci halia – hiris nipis
  • 2 inci lengkuas – hiris nipis
  • air secukupnya
  • garam secukupnya

Cara Memasak

  1. Letak air dalam kuali, bila nak banyak kuah, lebihkan airnya. Masukkan ke dalam kuali bahan-bahan cili api, bawang merah, bawang putih, asam keping, serai, halia, kunyit dan lengkuas.
  2. Masak air sehingga menggelegak dalam kuali.
  3. Masukkan dan rebus ikan satu per satu ke dalam kuali.
  4. Taburkan garam secukup rasa. Terus kacau perlahan supaya kuah dan ikan tu sebati.
  5. Kacau perlahan bagi mengelakkan ikan tu hancur, sehinggalah ikan nampak masak.
  6. Bila dah masak, tutup api.
singgang ikan tenggiri

Apalagi korang nak tunggu. Dah kata tadi dah, senang sahaja nak masak singgang ikan ni.

Kerna dia berkuah, sangat sesuai untuk hidangan makan malam dan lebih lazat bila korang makan dengan nasi panas, ulaman dan sambal belacan.

Perggghh..bestlah. Boleh bertambah-tambah makan nasi tu. Jangan pula lupa korang hirup kuah tu sekali.

Intai pula resepi lazat lainnya yer..

Komen dan Ulasan